Jualan sempena minggu ter-Akhir Sya'ban!!!
Bagi menzahirkan kegembiraan berakhirnya Sya'ban & meraikan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ShuhadaHalim SemuaShop akan memberikan diskaun
LESS 8% di atas setiap pembelian di Shuhada Halim Semuashop
bermula dari : 25 hingga 30/8/1433 bersamaan 15 hingga 20/7/2012
Semua dijemput bersama meraikan kegembiraan ini :)
SALE!! SALE!!! SALE!!!http://www.facebook.com/shuhadahalimsemuashop2
keseronokan, keghairahan dan minat kita pada sesuatu membuat kita semakin bermotivasi mengejar matlamat, bahkan kita akan bertambah-tambah bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan.
Sunday, July 15, 2012
Sunday, September 26, 2010
Lembu Qorban, Aqiqah Dan Bersedekah Di Kelantan
Salam WRH. Sesiapa yg bminat utk mjalankn ibadah korban di negeri KELANTAN, blh mmbuat tempahan dgn sy.Selain KORBAN kami jg mnyediakn lembu utk AQIQAH, dn jg lembu utk dsedekahkn kpd org miskin di Kelantan.Sesiapa yg bkemampuan blh la bsedekah.InsyaAllah kami akn mnguruskn dgn baik amanah yg diberikn.Sesiapa yg berminat, blh hubungi EN.HALIM 0199894093 utk rundingan.Harga lembu dr RM250-RM400 utk 1 bhgian.
Tuesday, February 9, 2010
Thursday, January 21, 2010
Penilaian Syariah Stormreaders
Penilaian Hukum Syariah Bagi Pelan Pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabatnya dan setiap mereka yang menuruti jalan lurus panduannya.Setelah dilakukan semakan dan perbincangan berkenaan plan perniagaan yang diberikan, sekadar kemampuan kami, berikut disertakan hasil semakan ke atas pelan pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd:-
1. Apakah barang yang menjadi teras bisnes dan jualan?
Jawabnya ia adalah kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Justeru tiada keraguan pada “subject matter” dalam skim Stormreaders Network Sdn Bhd.
2. Menjadi Ahli
Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk:
- Kit Permulaan Perniagaan = RM30
- Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan)
- Insuran Takaful RM20,000
- Khairat Kematian RM3,000
- Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan)
Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu:
1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian.
2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).
3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan.
Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal.
Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan“Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan.
Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari:
2.1. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi
Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat.
2.2. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) – Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi.
Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu hadiah dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka.
3. Menjadi Pengedar
Ahli boleh maju kepada peringkat ‘Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi terkumpul yang bernilai 100 mata (RM300).
Syariah: Tiada masalah dari sudut hukum kerana penganugerahan ini datang dari pihak syarikat sejurus ahli mencapai tahap yang ditentukan. Oleh kerana gelaran ini datang dengan sedikit kelebihan tambahan, ia didasari oleh aqad Hibah. Pembelian peribadi yang disyaratkan juga tiada bermasalah kerana ia adalah pembelian aset sebenar (iaitu produk buku dan lain-lain), dan pembelian peribadi ini tidak diikat dengan sebarang syarat lain yang bertentangan dengan sifat aqad jual beli (Muqtada al-Aqd)
3.1. 5% Komisyen jualan peribadi di dalam rangkaian (direct sponsor)
Syariah: Didasari oleh aqad Hibah dari satu pihak, tiada sebarang masalah dari perspektif Syariah.
3.2. 10% Bonus ‘overriding’ e-Store tajaan peribadi (dengan syarat jualan minima e-Store peribadi mencapai RM500 setiap bulan).
Syariah: Aqad digunakan adalah Hibah Bi Syarti Iwad. Iaitu hadiah dengan syarat pencapaian satu kerja sebagai timbal.
Janji Hibahnya berlaku adalah apabila pihak syarikat menjanjikan hadiah bernilai 10 % dari harga jualan e-Store peserta yang berada di dalam kumpulannya, syarat pencapaian sebagai timbalan adalah pihak syarikat mengenakan syarat RM500 jualan sendiri pada bulan tersebut. Aqad ini juga boleh ditakyif sebagai jualah iaitu :-
Syarikat menawarkan 10% dari nilai jualan kumpulan di bawah seseorang peserta apabila peserta dan kumpulan di bawah berjaya mencapai satu target jualan. Aqad seperti ini juga harus di sisi Islam.
3.3. 5% Bonus ‘overriding’ jualan kumpulan rangkaian sehingga jumlah maksima RM4500 seminggu atau 25% daripada jumlah jualan harian kumpulan (dengan syarat membina sekurang-kurangnya 3 kumpulan dengan 100 mata setiap kumpulan).
Syariah: 5% ini dianugerahkan oleh pihak syarikat dengan target pencapaian jualan dan pembinaan kumpulan. Justeru ia sekali lagi dibina atas aqad Jualah.
3.4. 3% Bonus jualan rangkaian global GNRSV – Perkongsian daripada 3% jumlah jualan rangkaian global dengan jumlah perkongsian bergantung kepada tahap pencapaian.
Syariah: 3% ini dianugerahkan oleh syarikat sebagai tambahan pendapatan ahli. Ia di dasari oleh Hibah.
4. Menjadi Pemimpin
Pengedar dan juga ahli-ahli di dalam kumpulannya perlulah membuat JUALAN PERIBADI bulanan minima 20 mata (RM60) masing-masing untuk terus menikmati komisyen dan bonus rangkaian.
Syariah: Terma ini juga harus di sisi Syariah dan ia didasari oleh aqad Ju’alah sama seperti sebelum ini. Yang mana, jualan peribadi dan ahli dijadikan sebagai prestasi atau target yang perlu dicapai bagi membolehkan pengedar dan ahli dalam kumpulan unutk menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Dalam konteks ini, komisyen dan bonus rangkaian menjadi imbuhanJu’alah.
Hasil prestasi jualan bulanan ini juga akan memberikan bonus tambahan kepada pengedar dan kumpulan rangkaian seperti berikut:
4.1. 5% Bonus kesetiaan kumpulan sehingga kepada tahap maksima mengikut tahap pencapaian atau pangkat.
Syariah: Ia terbina dari aqad Hibah oleh pihak syarikat kepada ahli yang dirasakan layak dan menepati kriteria tertentu.
4.2. 5% Bonus kesetiaan kumpulan global (GNMSV) – Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).
Syariah: Ia terbina dari aqad janji HIBAH yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tiada masalah syariah dalam perkara ini.
4.3. Tabung Umrah & Pelancongan (Simpanan dari Perkongsian 2% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).
Syariah: Ia juga adalah dari jenis Hibah Mutlaqah oleh pihak syarikat.
Penyemakan dari semasa ke semasa juga akan kami jalankan demi memastikan perjalanan bisnes ini menepati hukum Islam.
Demikian ringkasan kajian kami dan pihak kami sentiasa mengalukan komentar membina dari pelbagai pihak lain sekiranya didapati ada perkara penting yang terlepas dari semakan dan pemerhatian kami.
Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas plan atau salahlaku mana-mana individu dari syarikat atau ahli dalam menjalan aplikasi plan dan bisnes ini, atau apa jua perubahan yang dilakukan di luar pengetahuan kami.
Wallahu’alam. Sekian.
Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed
Penasihat SyariahStormreaders Network Sdn Bhd13 Ramadhan 1430H
Friday, January 15, 2010
Stormreaders - MLM islamic kedua
Assalamu'alaikum wrh.
Sertai rangkaian MLM stormreaders. bru dilancar pd 10jan lps. Mlm yg dipantau oleh ust zaharuddin (zaharuddin.net) & hj zahazan uia.
Produk jualan buku-buku terbitan telaga biru (stakat ini) scr online. peserta akn mendpat kedai online (e-store) dgn bayaran rm30.
Kali pertama mendengar dan mengetahui produknya adalah buku, saya terus tertarik.. saya berfikiran produk buku tidak akan luput melainkan hilang, terbakar, reput dan rosak.. boleh disimpan dan dibaca berulang-ulang serta sebagai bahan rujukan. Telahan lagi produk stormreaders adalah buku-buku agama dan motivasi.
Tanpa berselindung saya menyertainya dan bersama-sama di majlis Pelancaran Stormreaders baru-baru ini..
Alhamdulillah dengan kehadiran tokoh-tokoh agama dan motivasi seperti Dato' Ismail Kamus, Ustaz Zahazan, Ustaz Zamri TV9, Dr ifan Khairi menguatkan lagi anggapan saya bahawa ini adalah perniagaan dan wadah terbaik utuk Islam..
Teringat kata-kata Hj Waharp,bos Telaga Biru," Kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka di hadapan yang boleh berceramah dan menulis agama, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menyampaikan buku-buku mereka sebagai salah satu usaha baik kita".
Mari bersama sertai stormreaders..Insya Allah kita akan istiqamah dengan perniagaan ini..
Ini ialah kedai buku online saya
www.stormreaders.net/syu
Sertai rangkaian MLM stormreaders. bru dilancar pd 10jan lps. Mlm yg dipantau oleh ust zaharuddin (zaharuddin.net) & hj zahazan uia.
Produk jualan buku-buku terbitan telaga biru (stakat ini) scr online. peserta akn mendpat kedai online (e-store) dgn bayaran rm30.
Kali pertama mendengar dan mengetahui produknya adalah buku, saya terus tertarik.. saya berfikiran produk buku tidak akan luput melainkan hilang, terbakar, reput dan rosak.. boleh disimpan dan dibaca berulang-ulang serta sebagai bahan rujukan. Telahan lagi produk stormreaders adalah buku-buku agama dan motivasi.
Tanpa berselindung saya menyertainya dan bersama-sama di majlis Pelancaran Stormreaders baru-baru ini..
Alhamdulillah dengan kehadiran tokoh-tokoh agama dan motivasi seperti Dato' Ismail Kamus, Ustaz Zahazan, Ustaz Zamri TV9, Dr ifan Khairi menguatkan lagi anggapan saya bahawa ini adalah perniagaan dan wadah terbaik utuk Islam..
Teringat kata-kata Hj Waharp,bos Telaga Biru," Kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka di hadapan yang boleh berceramah dan menulis agama, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menyampaikan buku-buku mereka sebagai salah satu usaha baik kita".
Mari bersama sertai stormreaders..Insya Allah kita akan istiqamah dengan perniagaan ini..
Ini ialah kedai buku online saya
www.stormreaders.net/syu
Subscribe to:
Posts (Atom)





