Labels

Wednesday, November 18, 2009

ADAB JUAL BELI

 
1. Kita perlu mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan, sebelum membeli.


2. Tidak digalakkan membeli, terutama makanan ketika terlalu lapar hingga mengakibatkan kita membeli pelbagai jenis makanan. Ini kerana dikhuatiri akan berlaku pembaziran kerana terlalu banyak makanan.


3. Sebaiknya dapatkan pandangan mereka yang arif mengenai sesuatu produk sebelum membelinya.


4. Elakkan menipu dan menganiaya penjual seperti memberikan wang palsu dan menawarkan harga terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.


5. Bersikap jujur dan amanah ketika membeli.


6. Mengutamakan urus niaga dengan orang Islam supaya kita dapat membantu sesama umat kecuali apabila tiada pilihan.


7. Pastikan barang yang hendak dibeli halal dan bermanfaat.

Monday, November 16, 2009

ubi ooh ubi

Bila disebut ubi kayu, datuk dan nenek kita mungkin akan teringat waktu makan ubi kayu rebus semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu bilamana beras sukar didapati.

Bagi petani dan pekebun di kampung, makan ubi kayu yang direbus merupakan kebiasaan selepas lelah membanting tulang di sawah dan ladang.

Namun, apa yang nyata ubi kayu yang menjadi penyambung hidup orang miskin juga boleh mengubah hidup mereka yang bijak mengambil peluang dan tabah berusaha.
________________________________

ansyu (",)

Duk make kepek ubu kayu hak abah wat...mmm sodap..myum myum myum=)

Saturday, November 14, 2009

Saya? Aku.. Saya?





Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Have a unique character like salt
its presence is not felt but its
absence makes things tasteless.


Wednesday, September 16, 2009

Wednesday, September 9, 2009

TERIMA KASIH MAA DAN UMMI...

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu





Thursday, August 27, 2009



Ini Langkahku
Karya : Haden

Aaa … Ini langkahku
Aaa … Terus melaju
Aaa … Ini langkahku
Aaa … Bangkitkan Jihad

Ini langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi surga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Aaa … Bangkitkan Jihad!

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan AI-Quran menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kila khalifaturrahman

Rintihan Ramadhan

Thursday, April 23, 2009

RINTIHANKU

cita-citaku islam cemerlang



cita-citaku islam gemilang
cita-citaku daulahnya berulang
cita-citaku islam cemerlang
cita-citaku islam tinggi menjulang

kawan mari susun barisan
kita mara ke hadapan
mari berjuangkan islam
kita tagih yang dijanjikan

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
jangan kita buang rasa percuma

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
berjuangkan hingga berjaya

kawan jangan tunggu² lagi
jangan berangan² yang merugi
dunia menipu kita hindarkan
cita² islam kita tunaikan

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
inilah masanya tunjukkan bukti

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
kalau benar cintakan islam

Friday, April 17, 2009

SUJUDKU...



Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

Wednesday, April 1, 2009

Murobbitun Dakwah

Pengenalan

Umat islam yang diamanahkan untuk mentadbir dunia memerlukan pendokong yang komited dan memiliki tasawur yang jelas. Ia penting bagi memastikan islam diletakkan di tempat yang tinggi lagi mulia. Tugas dan tanggungjawab yang besar dan berat ini hendaklah dipikul oleh para pertugas sepenuh masa yang di istilahkan sebagai Al-murabitun.

Al-murobbitun itu sendiri membawa definisi yang bermaksud pekerja atau petugas yang menginfakkan diri mereka sepenuh masa dan secara langsung dalam sesuatu gerak kerja.

Gabungan istilah murobbitun dakwah ini memberi maksud yang cukup jelas iaitu golongan manusia yang menyerahkan diri mereka dalam usaha dakwah kepada masyarakat semasa.

Antara contoh yang kita nampak sebagai murobbitun dakwah pada masa kini adalah kebanyakkannya daripada muallaf yang giat menjalankan aktiviti penyebaran ISLAM di serata dunia. Mereka mengkaji ISLAM dan agama-agama lain dengan teliti bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan. Nama-nama seperti Ahmad Deedat, Zakir Naik, Shah Kirit dan Lim Joi Son sudah tidak asing lagi dalam arena dakwah ini. Merekalah antara contoh murobbitun dakwah.

”wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada musuh di medan perjuangan dan bersedialah dengan kekuatan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan)
(surah al-imran:200)

Daripada Sahl bin al- Saidi r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “bermurabitahlah satu hari dijalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya”
(Riwayat Al-Bukhari)

Berubah mengikut situasi semasa- skop tugas& definisi


Sejarah susur galur tarbiyyah pada zaman kepimpinan ulama’ dahulu menunjukkan bahawa konsep murobbitun dakwah ini sentiasa diaplikasikan oleh mereka. Jika kita imbau kembali bagaimana ISLAM datang ke Tanah Melayu, adalah melalui para pendakwah yang boleh kita katakan peranan mereka sebagai murobbitun dakwah pada ketika itu. Walaupun tugas hakikat mereka adalah pendakwah, tapi secara tidak langsung mereke meneruskan kehidupan mereka dengan menjalankan perniagaan.

Sejarah ulama’2 dahulu yang menggunakan konsep murobbitun dakwah secara jelas dan terang-terangan tidak pernah pula dinyatakan di dalam mana-mana kitab yang khusus. Sebaliknya ia adalah satu hasil daripada pembelajaran dan method dan strategi dakwah yang diaplikasikan dengan bersahaja.


Ciri-ciri murobbitun dakwah


Gerakan dakwah bukanlah sesuatu tugas dan kerja yang mudah seperti yang digambarkan. Ia memerlukan keyakinan, keberanian dan ilmu yang mantap untuk menangani pelbagai situasi yang bakal menjelma. Oleh itu, penyampaian dakwah ISLAM secara langsung memerlukan mereka yang benar-benar bersedia. Antara persediaan untuk menjadi murobbitun dakwah ini ialah, hasil daripada pembacaan. Latihan dan penyampaian yang berkesan untuk menarik orang lain.

Ikhlas
Mereka mestilah orang yang benar-benar telah berniat dan sukarela untuk menginfakkan diri mereka untuk jalan dakwah ini bagi meneruskan penyampaian wahyu Allah dan mengembalikan manusia kepada penyembahan Allah (ubudillah). Allah telah menyatakan dalam Firmannya yang bermaksud:

”Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ” Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?
”Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang dusta.”
( Al-Ankabut: 2-3)

Hakikat sebenarnya, setiap mereka yang beriman dengan Allah pasti akan diuji dulu olehNya. Dia memberi pengajaran dan ilmu kepada hambanya melalui ujian-ujian yang dibentangkan yang akan naik sedikit demi sedikit tahap ujiannya.

Ikhlas juga berkait rapat dengan matlamat perjuangan yang dibawa. Matlamat utama yang didokong oleh ahlul murobbitun ini semestinya jelas dan tidak berbelah bahagi. Perjuangan yang diwarisi dan disambung daripada perjuangan Rasulullah yang mana menegakkan kalimah toiyyibah, La ilaha illalah. Perjuangan yang benar dan jelas akan memberikan satu impak yang besar kerana ia didokongi oleh pejuang-pejuang yang ikhlas dan faham akan tanggungjawab dan peranan mereka.

Ilmu

Murobbitun dakwah yang ada pada hari ini, kebanyakkannya terdiri daripada orang-orang intelek yang mana mereka perlu adaptasi dengan situasi semasa. Berdakwah kepada masyarakat kini memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan harta untuk mendapatkan ILMU yang akhirnya mampu menyelamatkan dan membawa manusia ke jalan yang benar. Masyarakat hari ini juga sangat mencabar untuk didakwah kerana mereka lebih banyak mengejar duniawi (materialisti).

Kepelbagaian ilmu perlu dikuasai oleh ahlul murobbitun dalam usaha mereka untuk mendapatkan nilai tambahan personal yang lebih daripada orang lain. Mereka mestilah ampuh dari segi ilmu-ilmu agama dan juga fokus kepada penguasaan agama-agama yang banyak pengaruhnya seperti agama kristian.
Ketahanan mental dan fizikal

Peredaran zaman dan masa menyebabkan seseorang murobbitun itu perlu kukuh dari sudut kewangan, mental dan fizikal, serta mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang mana ia akan menjadi antara penyebab kejayaan sesebuah gerakan dakwah. Sama ada mereka bekerja, atau pun mereka di taja. Itu adalah salah satu daripada strategi ahlul murobbitun itu sendiri. Terdapat pelbagai strategi untuk menyumbangkan tenaga sebagai murobbitun dakwah.

Faktor ketahanan mental dan fizikal membantu secara tidak langsung usaha untuk menjadi murobbitun dakwah yang benar-benar menyumbang untuk ISLAM. Setiap makhluk mempunyai hak mereka, oleh itu, anggota badan mereka juga memerlukan hak yang perlu dipenuhi sebagai manusia biasa yang mana berhajat kepada makanan, minuman, rehat dan sebagainya.

Peranan murobbitun dakwah dalam jemaah

Murobbitun dakwah menjadi sumber utama untuk rujukan gerakan dakwah semasa. Ini kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa fokus terhadap sesuatu kerja utama sahaja. Pergerakan jemaah kini lebih tertumpu kepada gerakan siasah, dan tarbiyah sedangkan dakwah kita lihat ditenggelamkan oleh kesibukan perkara-perkara lain.

Perlu diketahui bahawa dakwah itu adalah satu skop yang besar, dalam siasah ada dakwah, dalam tarbiyah ada dakwah, namun sejauh manakah ia diaplikasikan dan sejauh manakah keberkesanannya jika ia masih diswastakan di dalam minda penggerak-penggeraknya. Namun, sekarang kita lihat, sistem tarbiyyah yang dijalankan, adakah ia benar-benar baik dan berkesan? Adakah ia benar-benar releven dengan situasi semasa?

Proses pentarbiyyah perlu diteliti dari masa ke masa agar tidak ketinggalan dan juga mudah untuk diterima oleh masyarakat setempat. Kadangkala proses tarbiyah hanya berlegar disekitar para daie sahaja, sedangkan masyarakat kampung yang masih lagi terkontang-kanting tentang kefahaman akidah islamiyyahnya tidak diambil berat.

”kamu umat Islam adalah ummat terbaik yang dihahirkan dikalangan manusia kerana kamu menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada ALLAH”
(ali Imran; 110)

Ahlul murobbitun dakwah ini jugalah yang menggalas tanggungjawab dan memenuhi kelompangan perkara fardhu kifayah. Sesungguhnya Allah menilai daripada usaha kita bukannya hasil kerja kita. Penetapan dan pembaharuan niat perlu diteliti dan diberi penekanan. Perjuangan yang besar ini mudah untuk kita sebagai manusia biasa tergelincir dan dipengaruhi oleh bisikan syaitan, hawa nafsu dan godaan duniawi yang sangat mencabar. Tali utama pergantungan seorang hamba yang bercita-cita daie seumur hidup hanyalah kepada Allah S.W.T.

Kepentingan murobbitun dakwah mengikut situasi semasa:


*Memastikan penyebaran islam sampai ke segenap pelosok dunia seiring perkembangan teknologi moden.
*Lahir golongan profesional- Apabila sesuatu golongan ditugaskan secara sepenuh masa maka lahirlah para petugas yang berpengalaman dan pengalaman tersebut menjadikan seseorang pakar dalam bidangnya(profesional).
*Menjimatkan tenaga- dengan tenaga pakar yang sedia ada tidak memerlukan tenaga gantian.
*Ia turut telah menjimatkan kos.

Keperluan kewujudan murobbitun dakwah di dalam jemaah


Sesungguhnya murobbitun dakwah sangat penting dalam masyarakat pada hari ini. Usaha yang berterusan perlu dipertingkatkan demi menyelamatkan umat ISLAM di dunia pada hari ini dan menyuarakan yang kepada mereka yang masih tidak diberikan hidayah oleh Allah.

Jika kita lihat pada hari ini, anak-anak muda kelahiran kampus, kebanyakannya telah dididik dengan perjuangan yang lebih bersifat siasah dan politik dan tarbiyyah. Gerak kerja dakwah yang lebih berfokus, kurang diberi perhatian dan kurang mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada penggerak utama gerakan Islam kampus.

Namun, tidak dinafikan terdapat sesetengah golongan yang sedar dan faham akan kepentingan tanggungjawab dakwah ini yang perlu diisi kekosongannya. Dan kita tidak boleh menanti orang lain untuk melaksanakannya. Bermula daripada diri sendiri dan berusaha menyedarkan orang lain dalam masa yang sama sentiasa melaksanakan pengislahan terhadap ummat ISLAM. Dakwah dan Islam perlu bergerak seiring.
Ini dapat kita lihat daripada hadith Rasullulah yang berbunyi:

”sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”
( Sohih Bukhori: jilid 4, 667)

Jika tiada kelompok yang benar-benar tegas dan serius dalam melaksanakan kerja yang wajib dan berat ini, maka tunggulah kejatuhan ISLAM bagaikan kejatuhan khilafah Othmaniyyah yang pernah berjaya satu masa dahulu. Bahkan mungkin lebih teruk lagi kerana tiadanya gerakan dakwah. Kejatuhan Islam seiring dengan kejatuhan dakwah terhadap non-muslim.

Penutup


Untuk akhirnya, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan persiapkan diri kita untuk memikul dan membawa risalah Rasulullah ini keseluruh ummat manusia. Bermulalah dengan diri kita sendiri sebelum kita menuding jari kepada orang lain. Sedikit usaha, Allah akan menilainya. Walau apa pun yang dilakukan, Mardhatillah adalah matlamat utama.

”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung”
(At-Taubah : 111)



Jika kita tak dapat buat banyak, jangan tinggalkan semua